Rabu, 01 Januari 2014

Bimbang Jenayah Nabil Tukar Nombor Plat Kereta

0 komentar
Bimbang Jenayah, Nabil Tukar Nombor Plat Kereta | Nabil Ahmad, mengambil keputusan drastik dengan menukar nombor plat keretanya kerana bimbang menjadi sasaran penjenayah selepas kereta Mitsubishinya dipecah masuk pada Isnin lalu.
Bimbang Jenayah, Nabil Tukar Nombor Plat Kereta

Menurut Nabil, dia bernekad berbuat demikian kerana ketika ini nombor plat kereta Mitshubishi Lanser miliknya itu menggunakan kombinasi huruf yang ada persamaan dengan namanya.

"Ini merupakan pengalaman pertama apabila kereta saya dipecah masuk dan ia membuatkan saya risau apa yang bakal terjadi pada masa depan jika penjenayah atau sesiapa sahaja mengetahui ia adalah kereta saya kerana nombor pendaftarannya.

“Tindakan itu juga bagi menjamin keselamatan saya dan keluarga," katanya kepada rakan media.

Nabil ditemui di Hotel Istana di sini pada Selasa sempena majlis pengumuman barisan artis yang bakal membuat persembahan dalam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM20) di Hotel Istana yang akan berlangsung pada 14 Disember depan.

Dalam kejadian Isnin lalu, Nabil menyedari keretanya dipecah masuk oleh penjenayah selepas dia bersama isteri, Nazirah Ayub, 25, dan anak mereka Naira Mikayla yang berusia setahun selesai makan malam di sebuah restoran di Sungai Buloh, dekat sini.

Kejadian itu sedari ketika Nabil Ahmad hendak mengundurkan keretanya apabila dia melihat cermin belakang sebelah kanan keretanya pecah.

Selain kad pengenalan, beg galas yang diisi baju sukan turut dilarikan penjenayah. Sementara itu, Nabil menyifatkan memiliki nombor plat kenderaan yang mempunyai persamaan dengan nama sendiri terutamanya bagi seseorang selebriti boleh mengundang bahaya tanpa sedar.

Beritahunya, walaupun nombor itu dilihat unik dan glamor, tetapi ia lebih memudahkan individu yang berniat tidak baik untuk melakukan jenayah.

"Saya nasihatkan buat para artis, walaupun seronok memiliki nombor plat seperti yang diinginkan, tetapi ia sebenarnya membahayakan. Lebih baik kita menggunakan nombor biasa sebagai langkah keselamatan," tegasnya.

language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">

Sumber:
Read more ►

Selasa, 31 Desember 2013

Remaja Amerika Lebih Rela Hilang Kereta Daripada Kehilangan iPhone!

0 komentar
Gadget kini dianggap lebih menarik dibanding dengan kereta bagi remaja Amerika. Ketika disuruh memilih antara iPhone atau sebuah kereta, maka iPhone yang akan dipilih.


Remaja Amerika Lebih Rela Hilang Kereta Daripada Kehilangan iPhone

"Aku sentiasa duduk di rumah kecuali untuk latihan bola sepak, dan kemudian ibu atau ayah yang memandu," kata gadis 16 tahun bernama Allison Katz seperti dilapor Detroit News.

Pergeseran budaya di kalangan remaja ini merupakan hasil dari teknologi yang membuat remaja berhubung antara satu sama lain dan hal-hal lain tanpa perlu masuk ke kereta.

Bagi remaja terdahulu, memandu adalah bentuk kebebasan kerana boleh pergi ke mana saja dan melaku apa yang di mahukan serta bertemu dengan orang yang dikehendaki. Namun internet telah membuat hal itu tidak perlu dilakukan dengan keluar rumah. Di bilik pun boleh.

"Internet telah membuat kebebasan datang dengan antiklimaks," kata perunding trend marketing dan marketing syarikat perisian HubSpot Lindsey Kirchoff.

Kurangnya minat generasi muda dalam memandu ini akan memberi kesan jangka panjang yang serius untuk jualan automotif di masa depan.

Hal itu memang serius. Sebab, menurut data CNW Research, pemandu berusia 15-20 tahun pada tahun 1985 di Amerika telah menyumbang 3.4 peratus daripada jumlah jualan kereta baru atau kira-kira 500,000 kenderaan. Kini angka itu turun. Pada tahun lalu hanya 2 peratus yang disumbangkan remaja dalam jualan keseluruhan di Amerika atau 300,000 kenderaan.

Dahulu status sosial dilihat dari kereta apa yang digunakan, kini status itu sudah beralih. Bukan lagi membicarakan berapa horsepower yang dimiliki sebuah kereta, tapi berapa gigabite yang dimiliki sebuah alat iPad terbaru dengan paparan Retina lebih seksi berbanding BMW.

Menurut kaji selidik yang dilakukan Zipcar, tiga perempat daripada orang berusia 18-34 tahun kini lebih suka berbelanja online daripada ke kedai. Bila disuruh memilih antara lebih baik kehilangan telefon bimbit atau komputer atau kereta, maka 65 peratus menjawab lebih baik kehilangan kereta.

"Ini adalah generasi Xbox," kata Scott Griffith, bekas ketua eksekutif Zipcar. "Mereka mengatur kehidupan sosial mereka dengan mudah di jalan raya maklumat seperti yang kita lakukan di jalan raya berturap," katanya.

Pada tahun 1983, 69 peratus daripada remaja 17 tahun sudah mempunyai lesen. Angka itu kemudian turun menjadi hanya 46 peratus pada tahun 2010. -detik

[Sumber]
Read more ►
 

Copyright © entri umum Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger